29 Ogos 2009 Episod empat hari sibuk melayan karenah orang besak2 akhirnya selesai malam semalam. Lepas majlis masa nak balik semua lambai tangan dengan muka manis kerana majlis mereka dah berjaya. Sebenarnya kalau orang-orang besak ni tak ego dengan pangkat dan darjat mereka , kerja yang diarah tu pun boleh dibuat dengan baik juga.
Kadang-kadang saya pun jadi bodoh juga memikirkan hal ni. Kerja yang nak dibuat ni memang la baik , dapat pahala besar sebab nak jamu orang makan bulan ramadhan , tapi kalau orang yang dok bertungkus lumus buat persiapan tu dibentak-bentak sampai merah muka dan pekak telinga , macam mana pahala nak bertambah. Tak boleh ka orang besak2 ni kalau bercakap tu rendahkan sedikit suara, tak baik jerit-jerit macam suara kaldai yang tak ketahuan punca tu... Bos-Bos kecik tu pun manusia berakal dan berperasaan jugak la..
Malam tadi masa duk tunggu jemputan-jemputan sampai, saya pun dok fikir juga satu kerja bodoh yang terpaksa dibuat oleh Abang Akob, Alwi ,Syarif dan Nizam . Mereka ni ditugaskan untuk pasang pelita minyak tanah dibawah sinaran lampu Neon dan spotlight yang terang benderang. Yang seronoknya pelita yang dipasang tu asyik padam saja ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Bila saya tanya Syarif " Buat apa hang pa pasang pelita ni, buang masa saja" . Kata Syarif dengan kawan-kawannya tu " Arahan tuaaan , Sm Mail suruh pasang, kami mana tau ,ikut arahan saja".
Sebenarnya malam tadi tu saya dok ikut belakang Tuan Ali saja. Tuan Ali pakai baju melayu warna ungu siap dengan bersamping hitam. Gagah betul la ... kalau dia pakai cermin mata hitam Rm 600 yang baru ditempah tu lagi nampak bergaya . Agak saya la kalau dia pakai cermin mata hitam tu, mesti jadi tumpuan punya....macam Rajanikan la agaknya.
Kerana tak mau kalah dengan penampilan Tuan Ali Sm Mail malam semalam tak jadi pakai baju melayu yang dibawanya. Alih-Alih dia pakai uniform dengan lambang PTT lagi. Saya pun nampak hebat juga , cuma butang baju melayu tak cukup dua , tercicir agaknya. Nak pinjam dengan Sm Mail dia kata " Butang baju Tuan dengan butang baju saya tak sama" . Saya diam aja la kerana tahu itu hanya alasan tak nak pinjamkan. Kalau nak pinjamkan boleh bagi lima-lima biji butang tu kerana dia pun bukan pakai baju melayu tu..
Apa-apa pun Sm Mail memang hebat la malam tu, semua pembesar-pembesar yang datang malam tu ditangkapnya. Tuan Ali yang cemburu dengan Sm Mail tu kata kat saya " Tenguk-tenguk dia mesti tangkap tangan punya, hebat betul la... PTT tuuu..".
Yang paling hebatnya Sm Mail malam tu ialah dia boleh usong seperiuk nasi dari dapur caterer bawa kat bawah kenopi bagi rekrut pulapol makan . Kalau bukan kerana usaha Sm Mail tu besar kemungkinan rekrut tu balik perut kosong laa... Tahniah la Sm Mail bukan semua orang boleh buat kerja macam ni. Tapi nak tanya sikit " Masa angkat periuk tu pakai saka ka, alang-alang orang tak daya nak angkat periuk tu. Berat bang..."
Akhirnya terima kasih la kepada Kak Shida yang sudi datang menjenguk Sm Mail. Mudah-mudahan kerja baik yang telah dilaksanakan mendapat keberkatan Allah Subhanahuwataala.
The King, his family and U
1 week ago
Ini lah antara apa yang dikatakan pekerjaan baik tapi makruh atau kadang-kadang buleh membawa kepada haram. Banyak berlaku dalam perlakuan masyarkat kita harini. Niat baik tapi perlaksanaan tidak baik. Macam aku kata dulu - Robin hood merompak orang kaya kemudian sedekah kepada orang miskin. Buat kenduri jamu orang makan dalam bulan puasa memang besar padilatnya tapi kalau sampai menimbulkann perkara-perkara seperti membazir atau marah memarah, geram mengeram etc etc , dia jadi lain la pulak. Contoh lain, kerana puasa tinggal solat.
ReplyDeleteAtaupun masuk masjid duduk depan pintu buat solat sunat sebabkan orang nak masuk kena lintas depan sejadah kita.
Menang judi nombor ekor buat kenduri kesyukuran. Banyak lagi la contoh dia...apa nak kita buat. tak tegur kena tegur, bila tegur kena hentam...Dok diam pun kena juga, bila dah sesuatu kes jadi isu...
Salam,
ReplyDeleteTahniah kepada Sm Mail..walaupun berpangkat masih ingat orang bawahan..kalau melihat awan dlangit jangan lupa rumput dbumi..