20 Ogos 2009 Kak Ros dah ambil cuti balik Kelantan , katanya kepada saya " Nak balik kampong nak buat kenduri sambut Puasa" . Yang bagusnya sebelum ambil cuti hari isnin lepas Kak Ros dah belanja kami satu pejabat makan tengahari nasi lauk ayam dara. Kenduri sakan sambut puasa tahun ni Kak Ros nampaknya. Kami doakan semuga dipanjangkan usia, dilimpahkan dengan rezki yang halal dan dimakbulkan segala yang dihajati. Insyaallah..
Cakap pasal nak sambut puasa ni, saya seronok juga la baca catatan sahabat-sahabat dalam blog kisah retro sambut puasa masa kecik-kecik dulu. Saya teringat macam mana seronoknya orang kampong saya bergotong royong menyediakan Morey untuk santapan lepas sembahyang tarawikh. Kisah saya dan kawan-kawan sampai serak suara kerana berlawan siapa paling kuat berselawat. Lepas tu punya jahat kami time orang tengah seronok dok beradu, kami usung gendang kulit lembu keliling kampung kononnya nak kejut orang sahur. Seronok betul la masa tu. Bulan ramadhan yang hebat dan penuh keberkatan kata Ibnu Saman Aljalawi.
Tapi semenjak usia dah meningkat ni , duduk pula kat bandaraya semua peristiwa tu tinggal kenangan saja la. Sebab tu la bila tengok sahabat-sahabat yang asyik duk cerita pasai nak buat kenduri sambut puasa dan rancang tu , rancang ni nak buat dalam bulan puasa ni, teransang jugak la saya. Bukan apa , duk fikir betapa rahmatnya allah mengwajibkan umat islam mengerjakan ibadah puasa ramadhan ni.
Tapi yang saya tak boleh faham ada juga sahabat-sahabat kat pejabat datang jumpa saya tanya "bulan puasa ni , boleh balik kerja awal tak?". Yang paling teruk saya rasa ialah ada seorang penyelia tu tanya saya " Bulan puasa ni , upacara istiadat naik turun bendera tu , boleh tak dibatalkan". Mungkin bos saya boleh bagi jawapan yang sesuai kerana kalau saya bagi jawapan mungkin orang-orang tu bukan setakat puasa siang, malam pun dia puasa jugak.
Akhir nya saya memohon kepada Allah Subhanahuwataala agar diberi kepada diri saya, ahli keluarga, sahabat2 dan sekelian muslimin dan muslimat iman dan kekuatan untuk melaksanakan ibadah puasa ramadhan ini dengan sempurna . Selamat menyambut ramadhan Al-Mubarak.
The King, his family and U
1 week ago
Salam cbazmi,
ReplyDeleteAwat upacara istiadat naik turun bendera tu terok sangatke sampai nak d batalkan.. janganlah buat alasan bulan puasa semua kerja nak d potong dan nak balik awal..masih ingat lagi masa buat bendang dulu bulan puasa tengala bendang dgn kerbau masih lagi berpuasa
Salam
ReplyDeleteSELAMAT BERPUASA