6 Ogos 2009 Dah siap sedia nak pergi ke Hotel Sri Malaysia , Genting Highland. Kata Tuan Ali " Kita berlepas selepas waktu pejabat kerana banyak kerja yang perlu diselesaikan dulu". Saya minta Urusetia yang diketuai oleh Sjn Ehsan bersama crewnya Salme , Arif , Farah dan Eliza pergi dulu keHotel sebelum jam 2.00 pm untuk mengurus dan menyambut peserta bengkel yang dijadualkan melapur diri bermula jam 2.00 pm.
Saya bersama Tuan Ali dan Sm Mail sampai di Hotel Sri Malaysia lebih kurang jam 6.30 pm. Sebaik sampai kami terus pergi ke Restoran Al-Esfan bersebelahan hotel Sri Malaysia pekena teh tarik dan capati. Lepas tu kerana makan malam dah disediakan kami terus join peserta bengkel makan malam kat hotel pulak. Besar betul perut Tuan Ali dan Sm Mail boleh bersambung-sambung makan macam tu..
Kerana bengkel penyediaan SOP IIS (I-ACIDS ->PDRM SYS.) yang kami anjurkan hanya untuk 2 1/2 hari saja, terpaksa la kami bertungkus lumus siang dan malam, jadualnya padat betul. Hari Jumaat saya terima call dari sahabat saya saudara Ibnu Saman " Mie hang tak dapat jalan pintas ka nak mai Hi-Kopi ni" . Apa yang saya nak jawab , masa tu ada bos kat sebelah " Nampaknya tak ada jalan pintas la Mat, nak mencelah pun tak boleh program padat sangat siang malam" .
Sedih juga la tak dapat kerumah Kak Ct Rokiah jumpa sahabat-sahabat yang datang dari jauh khasnya Kak Ja dan suaminya, dah dua kali terlepas nak jumpa mereka. Dengak habaq saudara Madud dan Ibnu Saman makan ayam bakaq dengan laksa kedah dan nasi beriani sampai tak mau balik , betul ka ni??..
8 Ogos 09 Sabtu Kami menamatkan bengkel penyediaan SOP kami dengan jayanya. Tuan Ali dengan rasa amat gembira mengucapkan terima kasih kepada semua peserta bengkel . Kami bersurai dengan dada yang lapang.. projek dah selesai la, semua hutang dengan ceti sudah bayar.
Kerana nak kenakan Tuan Ali dan Sm Mail masa nak balik saya ajak ikut jalan Hulu Yam , kata saya " Jalan ni la dekat nak pergi Kl , lalu jalan ni terus sampai rumah saya, sambil tu kat Hulu Yam boleh tengok orang mandi" . Bila Sm Mail yang pandu kereta masuk ikut jalan tu baru saya bagi tau " Sebenarnya jalan ni jauh la sikit" . Lepas tu sepanjang jalan saya tidor , supaya tak dengar Tuan Ali dengan Sm Mail duk kutuk saya.
Kepada Tuan Ali dan Sm Mail minta maaf la ya, lain kali kita ikut jalan pintas yang lain pulak ..
The King, his family and U
1 week ago
No comments:
Post a Comment