Saturday, August 29, 2009

Amanah

Saya lahir lima bulan dua puluh satu hari selepas Negara mencapai kemerdekaan. Maknanya masa saya dalam kandongan mak saya Malaya berada diambang kemerdekaan. Tak tahu lah saya macam mana perasaan Mak dan bapa saya nak sambut merdeka masa tu. Dari cerita mulut yang saya dengar memang bersemangat betul la mereka nak sambut merdeka tu. Asalkan jumpa atau berselisah kat tengah jalan akan jerit la Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Hari Isnin ni 31 Ogos 2009 kita akan sambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 52. Pada 12 Ogos 2009 yang lalu Perdana Menteri telah melancarkan sambutan bulan kemerdekaan di Putrajaya bertemakan 1Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian diUtamakan.

Walau bagaimana pun sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2009 ni akan dibuat secara sederhana dan rengkas saja di Dataran Parlimen, beralasankan sambutan jatuh dalam bulan Ramadhan dan langkah pro aktif bagi mengekang menularnya wabak influanza A (H1N1) dikalangan orang ramai yang mengambil bahagian dalam perbarisan nanti. Sambutan tradisional di Ambang Merdeka yang diadakan di Dataran Merdeka setiap tahun tu pun dibatalkan juga.

Saya memang setuju sangat , keadaan ekonomi yang tak menentu ni pun perlu juga kita fikirkan. Satu lagi yang saya rasa patut difikirkan ialah apa kata dikurangkan sedikit majlis-majlis makan mewah-mewah yang melibatkan penggunaan wang rakyat oleh jabatan-jabatan kerajaan tu. Tak rasa bersalah ka kita makan free mewah-mewah pulak tu , sedangkan rakyat marhaen kat kampung-kampung tu termasuk mak bapak kita nak beli gula untuk bancuh kopi O pun susah. Kalau perkara macam ni tak boleh nak buat , macam mana nak merialisasikan tema 1 Malaysia Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Di Utamakan tu.

Persoalan saya " Dimanakah tanggungjawab dan amanah kita mentadbir harta negara".

1 comment:

  1. Hang dengan aku kira lebih korang saja la Mie.Kita la sebenarnya anak merdeka. Aku 4 bulan 9 hari dalam kandungan bonda sebelum 31 Ogos . 4 bulan 21 hari kemudian selepas tarikh merdeka aku dilahirkan.
    Aku pun setuju kalau cara sambut merdeka diperkukuhkan. Perayaan yang banyak makan belanja dikurangkan. Yang bertentangan dengan tuntutan syariat ditiadakan. Fiesta melekakan dirombak la sikit. Yang penting merdekakan pemikiran kita dari konsep keseronokan berpesta merdeka kepada keinsafan terhadap susah payah orang dulu perjuangkan kemerdekaan.
    Bukan ka baik kalau kita buat kenduri merdeka, sembelih kerbau ka lembu ka jamu sekelian rakyat jelata makan sebagai tanda kesyukuran.
    Hari merdeka yang cuti tu semua tol percuma supaya rakyat boleh meraikannya dengan bercuti kesana sini dengan bebas tol. Sehari saja tak kan tak boleh kut.
    Harga minyak diskaun 20% sepanjang bulan merdeka ka.

    ReplyDelete